Wednesday, 28 December 2011

Foreign Body..not Twilight Saga anymore

Assalamualaikum everyone... Yeah,the end of my HA in the past few weeks was literally a  STARTING POINT for me. I think I've found my long-searching passion when my interest in medicine had blossomed. I've been searching and somehow forcing myself to indulge with the path i'd accidentally-on-purpose choosed. Alhamdulillah. I was hoping that my decision is firm enough to make it all the way until i meet the dead-end. 
A million thanks should be given to my friend (name cannot be mentioned), as he always feed me with awe-inspiring advices while I was searching for the big P which is the Passion in medical field. 
Well,I just wanna share what I've read recently. I admit that among the pile of novels I've read, FOREIGN BODY is the first medical  thriller novel i've explored. Yup, Twilight Saga Series was history. =P 
So, written by #1 New York Times-Bestselling Author, Dr. Robin Cook, I can't wait any moment just to enjoy the feeling like I'm in the particular situation on every page of it. Plus,the medical term used in the writing was riched and practical. Currently,im on page 159 and there's a lot more page to finish. :( Anyways, let me show you a peripheral peek of the novel's synopsis. 




Foreign Body is a medical thriller novel of series of unexplained deaths in foreign hospitals sends an idealistic UCLA medical student on a desperate search for answers in this chilling tale from the master of the medical thriller.

Jennifer Hernandez is a fourth-year medical student at UCLA, just beginning an elective in general surgery, whose world is shattered during a break in an otherwise ordinary day. While relaxing in the surgical lounge of L.A.'s Cedars-Sinai Medical Center, she half listens to a TV segment on medical tourism: first-world citizens traveling to third-world countries for surgery. But when she hears her beloved grandmother's name mentioned, Jennifer's heart nearly stops: the CNN reporter says that Maria Hernandez has died, a day after undergoing a hip replacement in New Delhi's Queen Victoria Hospital.

Maria had raised Jennifer and her brothers from infancy, and the bond between grandmother and granddaughter was unbreakable. Still, the news that Maria traveled to India is a shock to Jennifer, until she realizes that it was the only viable option for the hardworking yet uninsured woman.

Devastated, and desperate for answers, Jennifer takes emergency leave from school and heads to India, where relations with local officials go from sympathetic to sour as she pushes for more information. With revelations of other unexplained deaths compounded by pressure from Indian hospital officials for hasty cremations, Jennifer reaches out to her mentor, New York City medical examiner Dr. Laurie Montgomery, who has her own deep connection to Maria.

Laurie, along with her husband, Dr. Jack Stapleton, rushes to the younger woman's side, and discovers a sophisticated medical facility with little margin for error. As the death count grows, so do the questions, leading Laurie and Jennifer to unveil a sinister, multilayered conspiracy of global proportions.

p/s : Well, it would be wonderful for me to continue my reading.. Till we meet again in the next entry! Daa~

Sunday, 25 December 2011

Here goes my Hospital Attachment story...

Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 7.25 pagi. Aku perlu bergegas. Beg hikmatku lantas dicapai, dan terus mengambil helmet di atas meja tanpa berlengah lagi. Usai bersalaman dengan tok, aku terus menaiki motor dan memecut laju motor LC abangku yg bernombor plat KCA 23#* ke destinasi keramat. Hospital Sultanah Bahiyah..huh,keramat la sgt. Lebih kurang 5 minit kemudian,barulah sampai ke destinasi. Lepas parking motor bawah pokok,aku pun berjalan penuh gaya ke arah main entrance hospital. Tiba-tiba aku terperasan ada 3 org mamat yg kebetulan tgh berjalan menuju ke main entrance jugak. Eh,yg sorang tu rasa mcm nak kenal. Suprisingly,on of them called my name, "Yasmin!". Aku pun terfikir,ohh ni mesti budak KMB jugak nie..satu group dgn kami jugak utk attachment nie. Sumpah aku x kenal pun depa! Hurm,aku pandang depa atas bawah. Rasa janggal. Skemanya pakai kemeja,suar slack,kasut hitam. Siap kad pelajar lagi tergantung kat leher. Aku mula x sedap hati. Ish,awat depa dressing formal sgt ni. Aku tgk dressing aku,gila sempoi! T-shirt labuh,jeans n sandal lagik! Hah,sudahh..aku start kalut. Mamat² tu pandang aku semacam ja,sbb dressing aku macam 'sukahatimakbapakakuja'. =_=' Mana la aku nak taw, wat HA ni dress code mesti formal+skema! (alasan) Dah tu nampak lagi sorg groupmate aku utk attachment kali ni. Her name is Hidayah. walawehhh,siap pakai baju kurung. Damn,aku dah mcm cacing kepanasan. Same goes to my other friend, Shifa. She's wearing baju kurung too.. *sumpahakurasanakmati. :( Argh,biarlahh.. Janji aku tutup aurat,x kisah la pakai apa pun.,aku bermonolog dalaman sebentar. Insya-Allah..ni ayat nak bagi sedap hati..iskk
                                           
                                               ***********************

Alhamdulillah,attachment ni berjalan selama 3 hari. From 12 Dec until 14 Dec. Antara enam orang student yang terlibat utk attachment kali nie ialah Suhail, Farhan, Zack, Shifa, Dayah n myself. Nak dipendekkan cerita,after berurusan dgn pihak pentadbiran kat tingkat atas hospital, kami pun diserahkan di bawah tanggungjawab Unit Penyeliaan Hospital kat ground floor. Kak Maryam, which is one of the nurse in the unit was incharged to organise and handled our program here. She's adorable though! :) After a short briefing by Mr. Che Daud bin Hashim,the Head of Medical Directorate of HSB, then Kak Maryam brought us to visit the first department for today. Tadaa! The Emergency Department (Jabatan Kecemasan dan Trauma).
En. Fadzil Man, selaku Penolong Pegawai Kesihatan di jabatan ni ialah the person yg incharge utk tolong bawa kami meronda-ronda sekitar kwsn zon kecemasan dan menjawab segala kemusykilan yang timbul berkaitan dgn jbtn kecemasan. To be honest,most of the time kami hanya duduk dkt satu port ni yg ada meja besar, then En.Fadzil suruh kami buat satu 'brainstorming session' di mana kami perlu discuss tentang apa misi & visi kami datang untuk HA ni dan nyatakan secara detail, what is our expectation tentang perjalanan keadaan di Jabatan Kecemasan nie..lebih kurang la. For instance,how the triage system being implied and the details of the emergency cases so far. Okay,lupakan pasal aku kena sound dgn En.Fadzil sbb etika pakaian yg sesukahatinie. Aku xnak cita pasal 2..huhu. Then,kami berpeluang melawat sekitar kawasan jbtn kecemasan seperti Call Centre, Pre-Hospital Care Room (PHC) di mana ditempatkan segala medical devices 4 emergency cases like head immobilizer,restraint shoulder,transport trolley n etc. But not to forget, basikal pun ada! Ni utk kegunaan semasa perlawanan bola in case kalau berlaku emergency ka apa kan..senang sikit kayuh basikal. :) Next,kami dibawa ke Primary Triage Counter iaitu kaunter yg pertama sekali dirujuk oleh para pesakit yg dtg ke bahagian kecemasan ni. FYI, ramai yg x tau kan sebenarnya jabatan kecemasan telah melaksanakan 'triage system' iaitu satu sistem yang membahagikan pesakit kepada 3 jenis kategori berdasarkan jenis dan tahap kecederaan yg dialami. 3 kategori ni dibezakan melalui warna, iaitu Red bagi kes kritikal (50-50 chance of life), Yellow (separa kritikal) n last but not least, Green utk kes suam2 kuku mcm demam,selesema dan setandingnya. So,from my observation this system was really efficient as priorities were given to those who are in critical condition and dying. Plus,wad2 yg disediakan juga berbeza mengikut kategori masing². Kami sempat melawat semua wad kecemasan bagi ketiga-tiga jenis tahap kecederaan. Kemudian,kami juga dibawa menjenguk ke dalam Procedure Room di mana bilik ini dikhaskan utk merawat pesakit kategori Yellow n Green sahaja. Basically, di sini proses mencuci,menjahit luka dan yang berkaitan dengan foreign body akan dijalankan. Meanwhile in 'Asthma Zone',we saw two asthma patients were having their nebulizer medication. Fyi, nebulizer creates a high concentration of medicine into a breathable mist, which the patient then inhales passively for ten to twenty minutes. Later,the patient can breathe at ease again. Well,the medical assistant there kindly explained to us what exactly the drugs or in euphamistic language,the medicine used in the nebulizer medication. For example, the drugs are salbutamol (for stable patient), hydrocortison sodium,combivent (chronic) and also athroven (for pregnant woman). I found out that these information were beneficial because personally,I have asthma problem as well and at least by getting extra infos about it was just helpful.

Lebih kurang pukul 2.30 ptg setelah berehat utk makan dan solat Zohor, agenda hari ini diteruskan dengan lawatan ke Jabatan Forensik. Yaaa,aku x dapat nak gambarkan betapa eksaited dan entusiastiknya perasaan aku bila terbayang yg kami bakal dipertemukan dengan mayat serta perkara creepy yg lain. Hal ini amat mengujakan! Kami menuju ke Jabatan Forensik dgn diiringi oleh Kak Yam dan setibanya kami di sana, kami diperkenalkan kepada En. Mohd Ghonim iaitu Pen. Pegawai Perubatan di department tersebut. Muka beliau yg boleh tahan kacak ni sangat familiar..hehe..rasa macam pernah jumpa tp x tau kat mana. Beliau berkata yg beliau baru saja ditukarkan ke HSB dan sebelum ini pernah berkhidmat di Hospital Kuala Nerang. Aigoo,patutla muka penah tengok! HAHA. Satu sesi pengenalan mengenai jbtn ini telah diadakan diadakan di sebuah bilik taklimat. Jabatan forensik bertanggungjawab untuk menjalankan prosedur bedah siasat mayat yang diterima lantas disimpan di dalam peti sebelum diserahkan kepada waris. Perkhidmatan mandi dan mengkafankan mayat orang Islam turut disediakan. Fyi, terdapat dua jenis klasifikasi kematian iaitu kes kematian biasa dan juga kes kematian yg melibatkan siasatan polis. Bagi kes kematian biasa, Bedah Siasat Klinikal dijalankan bagi mengesahkan punca kematian, kesan sesuatu penyakit atau kecederaan serta bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Kes-kes kematian ini tidak berkait dengan kes Polis seperti kes penyakit mudah berjangkit atau kematian di wad. Manakala Bedah Siasat Medicolegal dijalankan ke atas mayat yang dikaitkan dengan kes Polis seperti kemalangan, mati lemas, kebakaran, pembunuhan dan kematian yang disyaki/tidak pasti sebabnya. Beliau kata bau mayat manusia ni tersangat sangat sangatlah busuk. Lebih busuk dari bangkai binatang..err,ni dia yg kata. Yelah,manusia ni makan segala benda yang ada kat planet ni. Daripada ulam raja,sampailah ke Domino's Pizza.. Sebenarnya masa sesi taklimat tu,satu aroma yang tersangat busuk menyelinap masuk ke rongga hidung aku sampai aku rasa nak muntah sangat2. Terpaksalah aku tahan..I assumed that was the smell of the corpse from distant. Tapi aku tengok kawan2 aku yg lain nampak relax ja,mcm x bau apa2. Peliknyaa..
Usai sesi taklimat,kami dibawa berjalan di kawasan sekitar jabatan. Alhamdulillah,dapat juga peluang untuk meninjau bilik peti mayat dan bilik post-mortem iaitu bilik di mana bedah siasat medicolegal atau autopsy dijalankan. As we could see, the autopsy instruments were interesting.


Autopsy Instrument

We've been told that the room is in negative pressure to prevent the distinct smell and the bacteria from the corpse being spread across the whole department. Personally,aku rasa sangat bersemangat nak explore more about this forensic thingy. I've also requested to examine one of the corpse there. Im quite upset as he did not allow us to dgn alasan keadaan mayat tersangatlah horror n takut nanti kami x boleh tidur malam. =_=" Selepas selesai meronda di sini,kami pun mengucapkan selamat tinggal kpd En.Ghonim yg cool tu. Hah,tamatlah sudah HA pada hari yg pertama. :) err,sebelum balik 2 aku tanya la kawan2 yg lain sama ada depa pun bau that unpleasant smell masa taklimat. ada yg x bau lgsg n ada yg kata bau sikit2 ja. you know what,the smell was so strong sampaikan baju,tudung aku pun dah bau mayat.. haish,dosa apa aku buat ni smpai bau mayat lekat kat aku sorang. Astaghfirullah,jauhkanlah...


En.Ghonim sedang beri penerangan mengenai bilik post-mortem

Bilik post-mortem utk kes kematian biasa

Takyah habaq pun xpa. Hampa tau dah ni apa. ;p

From left; Shifa & Dayah


Meet the guys. From left; Paan, Zack n Suhail


abaikan mata aku yg terpejam =_='



                                                  *************************

13 Dec 2011..our 2nd Day of HA. Pertama sekali kami dibawa ke Cardiac Rehabilisation Ward (CRW) dan ke Coronary Care Unit (CCU). Di sini ditempatkan pesakit2 jantung yang kronik serta pesakit pre-operation dan post-operation. Kami juga sempat melawat Invasive Cardiology Laboratory (ICL) di mana terdapat operating theatre bagi cardiac operation such as angiogram,angioplasty and permanent pace maker. We felt so lucky as we had a golden opportunity to talk with Dr.Siti which is one of the cardiologist there. She gave us some awe-inspiring advices for us to be optimistic and be different from others in this medical field. MARA sponsored students like us should have strong desire to make an achievement. Kemudian kami kembali ke CCU untuk melihat bagaimana cardiologist,MO, HO dan nurse melakukan rondaan ke setiap bilik bagi menjalankan pemeriksaan berkala. Part ni memang best,sbb dapat lihat bagimana doktor bekerja. From my observation,they worked like a team where the doctors will examine the current condition of the patient based on the life-machine and they will discuss it among them. Medical terms are everywhere in their discussion. I never thought a doctor's job can be complicated like this. I'm impressed by their skills and determination to save one's life. Meanwhile,the nurses will always ready to give medication under the doctor's supervision. After they had completed their patrol-duty,we had a conversation with one of the cardiologist, Dr. Billy Ch'ng. We told him we are pre-medical students. He cynically said it wasn't too late for us to reverse and forget this profession and find another better career for our own pleasure. Being a doctor is not easy. Yup,we all know that btw. Nonetheless,he kindly gave us encouragement where this is a pathway, full of hardship and we need to be firm with our decision. Besides,patient always come first no matter what happen. Plus,comparing with the United States, the distinction in terms of technology for medical treatment in Malaysia wasn't differ much. However,the government still wants the medical students who just graduated from the university to complete and experience their 2 years housemanship in all department without focusing on substitution specialities. That is why we are lacking of specilalist in Malaysia.. Well,he got some point. :)

Dua orang doktor pakar sedang mendiagnosis pesakit jantung ni.  That chinese guy on the left side is Dr. Billy Ch'ng. 

After lunch hour n we already had performed our zohor prayer, we continued our agenda to the next department called the Rehabilisation Centre or known as Rehabilisasi Pemulihan. Bawah Rehab Centre ni ada 2 buah unit iaitu Unit Pemulihan Carakerja dan juga Unit Fisioterapi. Pertama sekali kami berpeluang melawat Unit Pemulihan Carakerja di mana terdapat bilik rawatan yang berasingan untuk pesakit kanak-kanak dan dewasa. Ada bilik ADL,bilik splin serta bilik rawatan. Basically,terapi ini dilalui oleh pesakit strok yang menghadapi masalah untuk menjalani kehidupan normal kerana fungsi anggota badan yang masih lemah selepas pembedahan. Terdapat juga pesakit yang tidak mempunyai keupayaan untuk menjalankan aktiviti harian dgn sempurna. Lemah tulang dan x mampu berdiri serta tidak dapat menyeimbangkan badan ketika berjalan merupakan salah satu simptomnya. Justeru, di sini para pesakit akan mendapat rawatan daripada therapist seperti terapi jari, tangan dan kaki. Kesian jugak tengok patient kat sini,terutamanya yang masih kanak-kanak. Tak dapat berdiri,nak angkat tangan pun lemah. Insaf. :'(

Dalam bilik ADL. *Zack muka excited. haha

Ni salah satu terapi utk jari


Next, kami melawat Unit Fisioterapi yang terletak bertentangan saja dgn Unit PC tadi. Pada mulanya kami tengok macam x ada perbezaan ja dari sudut therapy treatment bila dibandingkan dengan Unit PC tadi. However,kat sini cam special sket sbb ada treatment yg ada specialization. Contohnya stress incontinent therapy, pulmonary, pediatric, hand and wax therapy (if im not mistaken). Yang bestnya, kat sini ada jugak bilik khas utk Hydrotherapy, Electrotherapy n not to forget Neutrotherapy. Hydrotherapy ni dah nama pun HYDRO,mestilah berkaitan dgn air kan. Yg menariknya, terapi dilakukan dengan cara senaman dalam air. Tujuannya ialah untuk melatih pesakit menjalankan aktiviti di dalam air serta membina kembali keyakinan untuk pulih. Sebab 2 la kami lihat ada satu swimming pool dalam bilik ni. Teringin nak terjun mandi! Meanwhile,electrotherapy is a therapy by using electrical equipments. This method can reduce the pain, improves blood circulation and for muscle relaxation.  Okay,i guess its enough for today. Sambung esok plak. ^_^

                                                         ************************

On our 3rd day or should I say the last day for our HA in HSB, we continued our errand with a visit to Orthopedic Dept. first. Kami dibawa melawat ke Wad Ortopedik Lelaki dan sejurus sampai di sana, sorg nurse lelaki iaitu Farid telah membantu kami dengan memberikan penerangan sedikit sebanyak kepada kami mengenai wad ini secara amnya. FYI,orthopedics ni ialah satu branch berkaitan dengan musculoskeletal system. Musculoskeletal system ni termasuklah bones,joints,tendons, ligaments and etc. Kami dibawa meronda seluruh kawasan wad dan melihat keadaan pesakit dari katil ke katil. Kami dapat melihat dengan lebih terperinci jenis2 kecederaan dan cara rawatan. Sebenarnya wad ortopedik sentiasa penuh disebabkan jenis kecederaan yang melibatkan tulang sangat 'popular' dan kerap berlaku. Patah tulang itu biasa bagi mat rempit. #opss. Next,kami melawat Obstetrics & Gynaecology Department atau dalam bahasa ibunda, Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan (kinda). Ada 4 wad iaitu wad 2A,2B,2C dan 2D. Wad 2B dikhaskan untuk pesakit gynae dan oncology khususnya iaitu pesakit sakit puan dan kanser.  Wad yg lain² tu dikhaskan utk wanita yg bakal bersalin ataupun yg sudah melahirkan anak. Kami sempat melawat wad 2B ja. Ada la nampak beberapa org patient yg sedang menunggu turn utk menjalani pembedahan di O.T. Lawatan ni sedikit sebanyak bagi kesedaran especially towards women supaya kita sentiasa berjaga-jaga kerana kanser ni menyerang tidak kira umur. Even kanak2 pun ada kanser servik. Kesian kan..
Last but not least,we moved on to Medical Ward. Wad ni boleh dikatakan general ward la. Macam dekat cardio ward before this,kami berpeluang untuk follow doktor² buat round n tgk cara dorang confront n diagnose patient's health problem .

The Doctors!

Memang menarik. Tapi malas nak cita panjang2 lagi.. Fuhh,arini saja dah 3 department kami melawat. Letih, x sabaq nak balik.haha. Sebagai tanda penghargaan kepada Unit Penyeliaan HSB amnya dan Kak Yam khasnya,kami hadiahkan satu cenderamata sebagai tanda terima kasih.

Pheww,selesai sudah HA kami. Overall, I think not bad la sbb buat pertama kalinya aku dapat gambaran keseluruhan mengenai situasi dan perjalanan di sesebuah institusi perubatan. More or less, exposure tentang kehidupan seorang doktor tu yg pricey sgt. Memandangkan aku ni pelajar medic yg sedang 'mencari' lagi, convincingly I would say that this attachment really opened up my mind n bombarded new perspectives towards this profession.

Alhamdulillah.. We're done! =)


p/s : I'm sorry if my writing wasn't satisfying, too long, boring and had offended the easily offended. I write what I feel. Peace! ^_^

Wednesday, 7 December 2011

Simple Practices.Major Changes

Assalamualaikum w.b.t. Well,hello again peopleeee!
This is my second entry..alhamdulillah. Like what I've promised in my previous entry, Insha-Allah i would like to share my thought and give a peripheral view of what's on my mind when people around keep on talking about how to create a BETTER world for us to live. As saying goes, "a long journey starts from a footstep", I am cock sure we should focus on minor things first before extending our effort to change the macro issues ahead. Being a Muslim, Allah awards us with Iman, Islam, also the majestic man ever lived which is our Prophet Muhammad s.a.w as our beloved idol and the guidance from Al-Quran and Al-Hadith.



So,bagi aku kalau dunia sedang sibuk berbicara tentang isi keseluruhannya,memang takkan habis. Sebelum bercakap tentang isu² besar,ayuhlah kita muhasabah diri sebentar. Dua sunnah nabi yg aku nak emphasize ni sangatlah simple,sayanglah kalau kita x praktik dari awal. Jom kita tengok...



1. Budaya Memberi Salam



"Assalamualaikum w.b..t"..kan sweet kalau jumpa orang ja bagi salam penuh macam ni kan. Senyum jgn lupa. Nampak friendly ja kan. Bukannya apa,aku tengok budaya bagi salam dah makin terhakis dalam kalangan kita. Simple ja,bukan payah mana pun kan. Apa,susah?? Ada intan permata dlm mulut sampai x boleh ucap salam? =_=' Btw,aku salute my classmate sorang ni. Aku kagum sebab dia sangat bersemangat untuk bagi salam kat cikgu² KMB yang lalu depan dia. Kadang² sanggup berhenti tepi tangga semata-mata nak tunggu cikgu lalu,pastu dengan penuh excitednya dia menyebut "Assalamualaikum teacher" dengan penuh ayu dan kelembutan..haha. The most interesting part was when she will bow her head just like the Japanese to the teachers whom she met along the way..cool meh. haha.
Tapi !!!!sebenarnya tuntutan memberi salam ni bukan hanya tertakluk kepada yang muda mesti beri salam kepada yang tua sahaja sebagai tanda hormat. Ehh,yang sebaliknya pon boleh. Beri salam itu sunat,dan menjawab salam itu wajib. Allah suka akan orang yang memberi salam kerana dia bukan sahaja mendoakan kesejahteraan org yang menerima salam,bahkan turut beri peluang kpd individu tersebut dpt 'pahala free'. 


Hadith :
"Daripada Anas r.a. bahawasanya ia berjalan di kalangan beberapa orang kanak-kanak lalu ia memberi salam kepada mereka dan katanya Nabi s.a.w. berbuat demikian."
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim 


Apa perasaan kita bila orang yang lebih besar pangkatnya,atau lebih tua daripada kita memberi salam kepada kita terlebih dahulu. Let it be our teachers or seniors in college. Mesti terharu and respect that person kan. Well, I've experienced it..only in KMB.


2.  Makan dan Minumlah dengan Tangan Kanan


Haa,ni lagi satu sunnah nabi yang kita memang dah amalkan. Eh,how sure you are? Hampa benar² yakin yang segala makan minum hampa memang menggunakan tangan kanan secara total? (what's with "hampa" thing..*childish) Rakan-rakanku sekalian, (gila skema! =_='), Allah dah aturkan semuanya daripada perkara yang paling kompleks hinggalah kepada perkara yang sekecil-kecilnya. Termasuklah adab makan kita. Makan dan minum dengan tangan kanan apa hukumnya? Yaa,tentu sekali WAJIB! Sejak zaman kanak² berhepi gumbira lagi kita dah diajar kan. 



Hadith adab makan dan minum (01)
Dari Abdullah bin ‘Umar radhiallahu anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaknya dia makan dengan tangan kanannya. Jika dia minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya. Kerana setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula.” (HR. Muslim no. 3764)

:: Let me give you a situation.. (in dining hall)
You're having your lunch with your friends..makan nasik guna tangan lebih afdal. :P
When u've done with your meal,normally u will grab your drinking glass with your LEFT hand to get rid of your thirst. ehh,what did u just said? LEFT HAND? haa,gotcha! 



nampak x kat sini yg kita sendiri x sedar yg kita sedang menggunakan tgn kiri,am I right? yelah,sebab tgn kanan kotor makan nasik td. Takk,tu bukan satu alasan. Ada caranya. Then how? Kak usrah lama aku pernah ajar,kita boleh pegang cawan tu dgn tangan kiri untuk minum asalkan kita letakkan tangan kanan kita dkt bawah cawan 2..sort of support cawan tu dari bawah. (erm,faham ntah? x pandailah nak explain)huhu. Insha-Allah,terhindarlah diri kita daripada makan dan minum dgn syaitan. :) Di mana² sahaja tempat makan yg aku pergi,aku suka perhati cara orang makan.(stalker) Setakat ni aku nampak ada la beberapa kerat kmbians yang pegang cawan mcm 2. (no offense) N first time aku ter usha tengok sorg laki ni buat benda yg sama. Pestaim kot nampak laki pegang cawan macam 2. Tetiba aku touching plak kat situ. Subhanallah. aku harap sangat ramai² boleh praktikkannya. Tak susah! Tak perlu tenaga yg byk!






Insha-Allah,walaupun itu saja yang dapat aku kongsi hari ni, mudah-mudahan dapat memberi peringatan hingga ke tangkal hati kita. Dua sunnah nabi yg dibincangkan ni boleh dikatakan teramatlah simple tapi kadang-kala kita terlepas pandang. "Mujahadah itu pahit, tapi syurga itu manis". Slowly but surely!
Okie dokie,salah silap harap diampun. Assalamualaikum w.b.t. ^_^

Monday, 5 December 2011

We Write.People Read

Assalamualaikum w.b.t. Well, hello there people! :)
Welcome to Tengku Anatomy Blog..! My official blog. Nama blog macam gedik ja kan. ;p Wow,I can't believe my eyes I'm actually writing for my first entry ever. I never had any intention to create a blog to be frank before. Well,unexpected things happen all the time right? 
Okay, "We Write.People Read" is the lucky title I have chosen for my first entry. (apahal? =_=') 


Disebabkan Bahasa Melayu ni bahasa lingua franca, you should expect me to write in Malay language most of the time, okay? *alasan. Bukan alasan kot,tapi sebenarnya cita² aku nak buat EE Malay nanti. :) Rojak² sikit pon x pa kot. Sebab memang ayat rojak mcm ni aku selalu guna bila bersembang. Maaflah! (lame)

Okay2,back to the previous topic,obvious la kan yg blog merupakan salah satu wadah bagi mana² individu untuk express pemikiran atau feeling masing²..atau untuk kongsi pengalaman ka. N bila dah tulis,mestilah kita expect utk orang lain baca kan? (sori,ayat keling sikit) So,buat pertama kalinya aku nak tegaskan berkaitan tujuan 'terbina'nya blog nie. Sejujur-jujurnya, kalau bolehlah kehadiran blog ni aku x nak jadikannya satu medan untuk aku merepek x ketahuan hala. Insya-Allah,setiap post yang bakal aku tulis nanti sekurang-kurangnya ada sedikit pengisian, x pun pengajaran bagi setiap apa yang aku sendiri alami. Memang aku x nak korang semua membazirkan masa baca karya 'sampah'. At least,kalau gaya penulisan aku mcm level 'kurang siuman',aku harap sangat la yang kawan² dapat sesuatu daripada apa yg aku cuba sampaikan. Sikit pon xpa! Sebab memang dah tugas sebagai seorang Muslim untuk saling mengingati,right?

Lagi satu aku nak tegaskan, x semestinya bila aku suarakan pendapat tentang sesuatu, maknanya aku ni bagus sangat. TIDAK! Sebenarnya aku percaya yang masih banyak kekurangan yang ada pada diri aku sendiri dan aku perlukan kekuatan dengan cara mengekspresikan diri kerana bila kita tolong orang lain, mudah-mudahan Dia akan permudahkan urusan kita. :) Dakwah itu wajib bagi setiap individu muslim. But remember,I'm not into a religious style of writing. Sempoi² ja. Bukan semua yang aku tulis mesti ada ciri² Islamik. Maybe someday aku tulis pasal tension buat lab report ka,bebai kat orang ka,cita pasal kucing ka. (yg kucing tu kinda impossible. =P) 


Fyi,for the upcoming post maybe I'll be writing about....hurm,wait a sec. It is related to something we often do. Nonetheless, without much realization from us, the slightest issue can be inevitably crucial. I'll 'peel' them later. Apart from that, I'm looking forward for my Hospital Attachment in Hospital Sultanah Bahiyah next week. Mungkin ada sesuatu yang boleh aku kongsi..kan? kan? Insya-Allah. Sebelum mengorak langkah kembali ke KMB,banyak benda yang aku plan nak buat cuti nie. *jeling² kat 'My To-Do-List'* Ohmygucci,15 things to be done! But I didn't see any progress. Shame on me. :( 
Bertenang..bertenang.. Haihh.. Okaylah,sampai sini sajalah yg utk entry kali ni. *tengah menaip dengan kuasa kuda* Mintak maaf terpaksa baca bebelan aku yg panjang ni. Terima kasih kerana luangkan masa. (nak cakap bazirkan masa pon boleh~) Haha. 

Yeah! Study! Lab Report!  TOK! =P

Next post? Insha-Allah dlm masa terdekat ni. Mungkin akan lebih bertamadun gaya penulisan aku. ^_^
Hehe. OkayOkay people,daaadaaa! Assalamualaikum w.b.t.